Sunday, April 18, 2010

pengetahuan tentang pendapat "wanita tidak mengenali diri.."

DARIPADA segi akademik, pencapaian remaja perempuan di negara kita memang jauh lebih baik berbanding lelaki tetapi agak ketinggalan dalam soal hubungan sosial dan pengetahuan mengenai tubuh badan, khususnya membabitkan isu seks, kedaraan, kitaran haid serta kehamilan.
pix_middle
Perkara ini tidak hanya berlaku pada remaja berpendidikan rendah, malah turut membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi yang dianggap golongan cerdik kerana boleh belajar hingga ke menara gading seperti kes bekas siswazah di Johor Bahru yang ditemui mati dalam bilik asrama bersama bayi baru dilahirkan (Harian Metro, 1 Julai 2009).

“Ramai tidak tahu bahawa persepsi atau impian cinta remaja perempuan tidak sama dengan remaja lelaki. Remaja perempuan menganggap teman lelaki sebagai bakal suami dan anggapan ini membuat mereka sanggup menyerahkan jiwa dan raga. Sedangkan pada remaja lelaki, cinta ketika usia muda adalah untuk mencuba, mencari pengalaman seks atau menyahut cabaran rakan.

“Antara jawapan diberi pelajar lelaki sekolah menengah ketika ditanya reaksi mereka jika teman wanita hamil ialah menuduh teman wanita curang (melakukan hubungan seks dengan lelaki lain) atau melarikan diri. Malah, ada yang berkata sanggup membunuh untuk menghapuskan bukti.

“Tiada yang sanggup bertanggungjawab dengan mengahwini teman wanita mereka atas pelbagai faktor,” kata Pengarah Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Norliza Ahmad.
Malangnya perkara ini tidak disedari remaja perempuan. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 LPPKN (2004) mendapati 2.2 peratus golongan muda berumur antara 13 hingga 24 tahun (kira-kira 132,000 orang) melakukan hubungan seks luar nikah.

Kajian di Negeri Sembilan (2006) mendapati 5.4 peratus remaja melakukan hubungan seks buat pertama kali pada umur 15 tahun manakala kajian media LPPKN pada 1998 mendapati 27.2 peratus golongan muda melakukan hubungan seks pertama ketika berusia 16 tahun dan umur paling muda pernah direkodkan ialah sembilan tahun.

Berdasarkan rekod klinik dan hospital kerajaan yang dikaji, 19 peratus kes hamil luar nikah membabitkan remaja di bawah 18 tahun dan lebih menyedihkan, 65 peratus daripadanya adalah remaja Melayu! “Remaja adalah masa di mana seseorang paling bertenaga tetapi tenaga ini digunakan ke arah tidak sepatutnya. Ramai ibu bapa mengakui berdepan masalah mengendalikan anak remaja dan ia menjadi masalah kedua utama selepas kewangan.

“Ibu bapa perlu faham, remaja adalah zaman peralihan daripada kanak-kanak ke dewasa. Semua proses yang berlaku ketika peralihan zaman ini memberi kesan kepada perkembangan psikologi mereka.

“Ketika inilah mereka memerlukan panduan ibu bapa supaya tidak terpesong atau terpengaruh dengan anasir tidak baik, terutama dalam bidang hubungan sosial dan seks,” katanya ketika program kesihatan reproduktif dan sosial.

Meskipun ibu bapa mulai sedar kepentingan pendidikan seks, ramai tidak bersedia membincangkan topik ini dengan anak. Kajian Kebangsaan Mengenai Kesihatan Reproduktif dan Seksualiti Remaja (13 hingga 19 tahun) LPPKN 1994/95 mendapati 42 peratus remaja mendapatkan maklumat mengenai hubungan lelaki-perempuan daripada rakan sebaya.

Kira-kira 62 peratus tidak pernah diberi maklumat mengenai hubungan seksual dan kehamilan (58 peratus). Baik daripada segi perubahan akil baligh, hubungan lelaki-perempuan, hubungan seks dan kehamilan, rakan sebaya menjadi sumber utama mendapat maklumat.
Secara keseluruhannya, ibu lebih banyak memainkan peranan berbincang mengenai isu ini bersama anak remaja berkaitan pendidikan (57 peratus), pergaulan dengan rakan (53 peratus), perbelanjaan (51 peratus) dan cara berpakaian (41 peratus).

Lebih malang, ramai remaja perempuan tidak tahu mengenai organ reproduktif (peranakan) mereka! Ia setara dengan hasil soal selidik Kotex BodyLife IQ ke atas 1,800 orang wanita berusia antara 16 hingga 24 tahun di enam negara Asia yang mendapati hampir 97 peratus gadis di Asia langsung tidak memahami asas tubuh badan sendiri.

Ini termasuk kenapa seseorang wanita mengeluarkan darah ketika haid, di mana letaknya selaput dara, berapa bukaan (lubang) yang ada di kawasan sulit dan sama ada seseorang wanita boleh hamil tanpa hubungan seks.

Dalam pelajaran, mereka memang bijak. Walaupun hidup dikelilingi teknologi moden dan maklumat pula boleh diperoleh di hujung jari, masih ramai remaja perempuan yang miskin dengan ilmu mengenai diri sendiri, khususnya apabila membabitkan sifat kewanitaan.

Sifat kewanitaan di sini bukan sekadar tingkah laku dan pertuturan yang manis, tetapi lebih merujuk kepada kedaraan, kitaran haid dan kehamilan.

Memang remaja kini boleh mendapat pelbagai maklumat ini daripada Internet dan media, namun hakikatnya kefahaman gadis moden terhadap tubuh sendiri tidak jauh berbeza dengan nenek moyang mereka. Malah ramai hanya bergantung kepada maklumat yang ‘diturunkan’ oleh ibu mereka.

Kajian itu juga mendedahkan masih ramai percaya kepada mitos dan pantang larang masyarakat setempat, contohnya: l 56 peratus peserta kajian percaya hubungan seks ketika haid boleh mencegah kehamilan l 64 peratus percaya menyentuh payu dara akan menjadikannya semakin besar l 13 peratus percaya kitaran haid boleh dipendekkan kepada tiga hari jika mereka memijak tuala mereka l 55 peratus percaya memakai coli ketika tidur akan menyebabkan kanser payudara Mengapa pengetahuan mengenai diri sendiri masih terlalu cetek? Bukankah maklumat ada di keliling mereka? Kajian mendapati hanya 60 peratus peserta kajian pernah diberi pendidikan mengenai perkara ini, sama ada oleh guru, ibu bapa atau doktor.

Bagi mereka yang menerima pendidikan formal dalam biologi tubuh badan masih tidak berpuas hati dengan apa yang dipelajari. Ini menunjukkan pendidikan diterima tidak mencukupi.

Halangan kedua ialah masyarakat kita masih ‘berahsia’ dalam isu ‘bicara badan’. Lebih setengah responden percaya masyarakat tidak membenarkan mereka membincangkan mengenai tubuh badan secara terbuka. Satu daripada tiga orang mempercayai masyarakat cuba menghalang remaja mengenali tubuh badan mereka.

Mereka berasa bersalah untuk bertanya, bimbang dilabel sebagai perempuan murahan. Malah tidak ramai mendapatkan maklumat melalui Internet kerana tidak tahu maklumat apa yang perlu dicari atau keliru dengan mesej bercanggah dalam Internet. Kebergantungan kepada rakan sebaya mudah menjadikan remaja terperangkap dalam gejala tidak sihat.

Selain itu, beberapa faktor menjadi penentu kepada aktiviti seksual remaja iaitu: l Umur (biasanya berlaku pada akhir remaja) — Timbulnya keinginan untuk mencuba l Status sosio ekonomi — Biasanya lebih banyak masalah dilaporkan di kalangan remaja dari keluarga berpendapatan rendah l Kurang pendidikan agama l Pencapaian akademik yang rendah l Tingkah laku ketika bertemu janji (jika banyak sentuhan fizikal, lebih tinggi kecenderungan melakukan hubungan seks) l Ciri-ciri keluarga (latar belakang keluarga, sokongan dan kawalan ibu bapa) l Pengaruh rakan sebaya l Etnik (bangsa) Soal selidik seksualiti ke atas 1,303 remaja berusia 15 hingga 24 tahun mendapati lebih ramai remaja mula berpacaran pada usia awal (15 hingga 18 tahun) berbanding mereka yang tamat sekolah (18 hingga 20 tahun).

Ketika bertemu janji, 65 peratus remaja di Semenanjung menganggap berpegang tangan adalah perkara biasa; 26.2 peratus pernah bercium dan 16.6 peratus pula pernah meraba-raba.

Cabaran Cabaran remaja kini tidak sama dengan remaja dulu. Kajian menunjukkan ‘seks’ adalah perkataan paling banyak dicari di Internet. Remaja lebih selesa mendapatkan maklumat mengenai seks dan hubungan sosial daripada Internet atau rakan sebaya berbanding ibu bapa l Usia baligh yang awal dan lewat berkahwin — Semua remaja yang akil baligh akan mempunyai keinginan seks sendiri. Tempoh lebih panjang boleh mendekatkan mereka dengan seks luar nikah l Tekanan daripada rakan sebaya (melakukan hubungan seks supaya boleh diterima rakan sebaya). Malah ada remaja yang bangga hilang dara pada usia belasan tahun kerana ia dianggap trend masa kini tanpa menyedari kesan negatif pada masa akan datang l Teknologi baru tanpa sempadan yang mendedahkan remaja kepada pornografi, seks siber, pesanan ringkas berunsur seks, edaran rakaman melalui siber dan telefon bimbit serta kempen di Internet, contohnya kempen Hari Tanpa Seluar Dalam yang pernah dianjur pelajar perempuan IPT tempatan sempena Hari Kekasih baru-baru ini. Rangsangan seks yang mudah didapati boleh merosakkan remaja l Seks rambang l Rogol, rogol temujanji, sumbang mahram l Pengguguran l Mempunyai ‘sugar daddy’ untuk mendapat kesenangan atau imbuhan daripada segi kewangan atau material l Homoseksual l Berisiko mendapat penyakit jangkitan seksual seperti HIV/Aids, siflis, gonorea Mengapa pengetahuan mengenai tubuh badan penting? Ia untuk mencegah berlakunya gejala sosial, terutama membabitkan seks, kerana ramai yang jahil mengenai seks.

Malah lebih menakutkan, ada yang terlanjur dan hamil kerana tidak tahu apa itu seks, bila ia boleh dilakukan, mengelak melakukan seks berbahaya dan mengapa agama menegah seks sebelum nikah.

“Ramai ibu bapa menganggap pendidikan seks sama dengan perlakuan seks yang akan menggalakkan remaja mencuba seks lebih awal. Anggapan ini salah. Pendidikan seks adalah cara mencegah hubungan seks luar nikah.

“Pendidikan seks merangkumi pengetahuan dalam hubungan dan cara hubungan sihat antara lelaki dan perempuan. Bab ini tidak diajar dalam buku dan kekurangan pengetahuan dalam perkara ini menimbulkan banyak masalah sosial.

“Kita perlu menerapkan tingkah laku positif dalam hubungan lelaki dan perempuan serta di mana batasannya. Pergaulan yang tidak dibendung akan memberi pelbagai implikasi bukan saja pada emosi dan psikologi, tetapi juga kesihatan jika berlaku pengguguran kehamilan secara tidak selamat atau jangkitan penyakit kelamin.

“Di negara yang melaksanakan pendidikan seks seperti Belanda melaporkan, ia dapat melengahkan hubungan seks pertama di kalangan remaja.

“Penahanan diri sangat penting kerana selagi mereka dapat bertahan, selagi itu diri mereka terpelihara daripada pelbagai masalah. Jika sudah melakukan hubungan seks, sukar menyuruh mereka menahan diri daripada mengulanginya,” katanya.

Ramai remaja mempunyai anggapan salah mengenai hubungan seks dan kehamilan. Mereka percaya langkah seperti minum minuman berkarbonat, makan nanas, melompat-lompat selepas hubungan seks atau seks secara berdiri boleh mencegah kehamilan.

Semua kepercayaan ini adalah karut kerana apa saja kaedah seks yang tidak selamat (tanpa penggunaan alat pencegah kehamilan) boleh menyebabkan wanita mengandung walaupun hanya sekali mengadakan hubungan seks.

Penahanan diri daripada hubungan seks ada banyak manfaatnya, seperti mencegah: l Keganasan atau penderaan seksual l Kehamilan yang tidak diingini l Pengguguran haram l Pembuangan bayi l Jangkitan penyakit kelamin Benteng diri Pendidikan dan pegangan agama; sokongan ibu bapa, keluarga, sekolah dan masyarakat; kemahiran diri dan jati diri, (termasuk kemahiran menahan diri melakukan hubungan seks) penting untuk menjauhkan remaja daripada zina.

Selain itu, pengetahuan mengenai tubuh badan akan membantu remaja membuat keputusan bijak untuk diri sendiri dan masa depan.

Ibu bapa yang tidak tahu cara berkongsi maklumat pendidikan seks dengan anak boleh menghantar anak remaja (lelaki dan perempuan) ke pelbagai program remaja ‘Kafe@Teen’ anjuran LPPKN.

Di sini mereka akan dibekalkan dengan pelbagai kemahiran membabitkan kawalan diri; seksualiti (nilai dan tanggungjawab); tanggungjawab seksual; tingkah laku yang membawa kepada risiko kehamilan; penyakit jangkitan kelamin; rogol, pengguguran dan pembuangan bayi serta kesannya; penahanan diri; kemahiran menolak dan kesejahteraan hidup.

Setakat ini ada tiga pusat Kafe@Teen iaitu di ibu pejabat LPPKN dan di Lembah Pantai (Kuala Lumpur) serta Butterworth, Pulau Pinang.

LPPKN juga menyediakan portal khas untuk remaja berusia 13 hingga 24 tahun bagi membolehkan mereka mendapat pelbagai maklumat berkaitan hubungan sosial dan pendidikan seks. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2693 7555 atau layari laman web www.lppkn.gov.my/cafe4teen.

Oleh kerana perkembangan dan pertumbuhan remaja kini lebih cepat, ada pakar perubatan mencadangkan ia dimulakan lebih awal iaitu di peringkat sekolah rendah, terutama daripada batasan hubungan dan perlakuan yang dibenar dan dilarang. Pendidikan ini perlu diberi oleh bapa kepada anak lelaki dan ibu bagi anak perempuan.

“Pada masa sama, bimbingan akan diberi kepada mereka yang terlanjur dan hamil supaya tidak berlaku pengguguran haram. Bagi yang hamil, jangan pendam masalah dan melahirkan anak sendirian kerana ia boleh mengancam nyawa.

Ada banyak saluran yang boleh membantu anda melahirkan anak dengan selamat. Ini bukan untuk menggalakkan mereka mengandung lagi, tetapi mendorong remaja ke arah hidup lebih baik.

“Setiap kali anda keluar berdua, ingat dua warna amaran iaitu kuning — apabila anda berfikir untuk berdua-duaan dan melakukan ‘yang ringan-ringan’, serta amaran merah — jika sudah berdua dan boleh melakukan hubungan seks. Anda perlu berhenti pada warna amaran kuning supaya terhindar daripada melakukan hubungan seks.

“Remaja perempuan perlu ingat, badan adalah harta yang berada dalam kawalan kita. Tiada orang boleh menceroboh badan kita dan jika ia berlaku, segera laporkan kepada ibu bapa, guru atau pihak berkuasa.

Pada masa sama, anda perlu menghormati dan menyayangi diri sendiri; dan cara paling mudah ialah mngelak terjebak dalam hubungan seks sebelum berkahwin.

No comments:

Post a Comment