Wednesday, September 16, 2009

Tajuk:Cinta Terakhir
Penyanyi:Aiman

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....

Tabahkan hatiku dan hati nya.... semoga apa yang di impikan bahagia akan kita kecapi jua...

6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia.
Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak,
maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan
percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.
Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan
hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.
“Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan
dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.


http://munierah748.blog.friendster.com/2009/03/kekuatan-cinta/

Monday, September 14, 2009

aku adalah aku.....

Meniti hari demi hari bersamanya...
mungkinkah dapat  menuju apa yang diharapkan kebahagiaan...
hanya kau ku sayang...

Wednesday, September 9, 2009

Tom Yam Makan KesukaanKu... ummm....



korang nak tau.. sy ni suka makan tom yam.. xkisah la masak cmna pun.. yg penting ada rasa sup tom yam... asal je kwn2 ajak makan kat luar, mesti nak tom yam... umm.. entah la... first time makan tom yam waktu mula2 hosmate kat KUO nak masak tom yam.. pas 2 cuba2 nak makan kat makan tom yam kat kedai makan plak.. huhu... sedap... hehe.. sy skg ni pun dah pandai dah masak tom yam.. wawawa.. macam x pcya kan.. hehe... dah namanye favourite kan.. kat sabah tomyam2 ni x femes pun.. 2 xtau.. smpai kat semanjung ni la dah pandai plak nak makan tom yam.. huhu... kwan sy kata, klw ada ksempatan, dia nak ajak sy makan tom yam yg paling seeedaap kat Malaysia ni.. umm.. sy pun xtau tmpt 2.. nak2.. nak rasa, akan ku jejaki jua... Insya Allah.. ha... hari ni, sy bagi resepi tom yam.. resepi ni pun men celup je kat org.. huhu.. xpe la kan... kita share sama..

Bahan A
500 gm ayam [potong kecil]
1 batang carrot [potong pendek]
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
2 cm lengkuas (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya

Bahan B

100 gm bunga kobis
2 biji tomato (dibelah 4)
2 biji limau nipis (ambil jus)
1 pokok daun ketumbar (cincang)

Cara membuat

1. Masukkan semua bahan A dan renehkan sampai lembut
2. Masukkan bunga kobis dan buah tomato. Biarkan mendideh dan tutup api.
3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar dan hidangkan.

p.s~ Tiba-tiba pula rasa nak makan Tom Yam Campur. Sebab tu la saya masukkan menu ne... hehheheee... bagi yang ingin cuba memasak Tom Yam Campur ne sendiri... semoga berjaya... saya dah cuba dah... memang sedap.. yumyum... ^_^

Monday, September 7, 2009

Cinta sejati jadi ‘cinta sehari’

KECEWA dan terus kecewa dalam percintaan dijalin. Kadang-kadang hati sudah bosan memikirkan soal perasaan sedang diri terus dimamah usia.

Bosan sebenarnya apabila berakhir pada cinta yang salah. Alih-alih mengharap cinta sejati tetapi ia hanya kekal dan menjadi ‘cinta sehari’.

Ada waktu anda menyalahkan takdir yang menyebabkan sering kecundang lewat percintaan. Pernahkah mengkaji diri apa yang menjadi penyebabnya?

Kalau difikirkan kecantikan diri, rasanya tidak kalah dengan teman lain yang sudah punya kehidupan membahagiakan bersama pasangan masing-masing.

Namun anda masih sendiri dan bagaikan orang berputus asa, anda sudah menanam cita-cita untuk tidak mahu mengharapkan sesiapa lagi.

Jangan cepat dilanda rasa kecewa. Ada pengkaji dalam soal cinta menyarankan supaya jangan menoleh ke masa lalu yang penuh kekecewaan sebaliknya sentiasa melengkapkan diri untuk menerima cinta baru.

Namun, sebelum memutuskan menerima cinta seseorang, perhatikan tandanya, apakah dia memang jodoh anda?

· Dia sahabat terbaik anda

Saat mengalami kesulitan, perkara pertama terlintas di kepala anda adalah dirinya. Dia pandai menenangkan hati.

Dia selalu hadir untuk anda dalam situasi apa sekalipun. Tiada orang yang lebih baik mengisi peranan ini daripada pasangan anda atau sahabat istimewa yang menjadi tempat susah senang anda. Percayalah, pasangan yang dirasakan jodoh anda, pasti tidak takut mengalami pasang surut dalam hidup ini.

· Punya banyak persamaan

Hasil penelitian menyatakan, perkahwinan yang paling stabil adalah pernikahan yang membabitkan dua orang dengan banyak persamaan. Jenis persamaan itu tidak terlalu penting tetapi semua itu adalah modal untuk menjadikan hubungan semakin mantap.

Menikmati semua aspek kehidupan bersama adalah antara rahsia pasangan sejati. Tidak perlu orang lain untuk membuat anda berdua bahagia. Apakah anda sudah merasakannya? Jika ya, jangan lepaskan dia.

· Kepentingan anda adalah segalanya

“Cinta dimulai ketika seseorang menemukan bahawa keinginan orang lain sama pentingnya dengan hasrat hatinya sendiri.” (Harry Stack Sullivan).

Daripada bahasa tubuh dan sikapnya selama ini, terlihat jelas dia memperlakukan anda sebagai orang terpenting dalam hidupnya.

Bahkan, dia sering mementingkan sesuatu untuk keperluan diri dan sekali gus dia memikirkan diri anda. Jika ini yang ada pada peribadinya, mungkin dia yang anda cari.

Justeru, cinta abadi membabitkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan pasangan lalu jangan memikirkan orang lain di fikiran. Percayalah bahawa dialah milik cinta sejati anda.

· Cinta tanpa syarat

Cuba ingat, pernahkah dia menarik muka masam saat melihat anda memakai baju yang tidak menepati seleranya? Dia barangkali pernah menegur gaya pakaian anda yang agak menjolok mata atau sebenarnya gaya pakaian anda membuatkan dia tidak senang kerana takut ada lelaki lain akan memberi perhatian lebih kepada anda.

Atau anda pernah ditegurnya tanpa disedari gara-gara memotong rambut tanpa pengetahuannya?

Namun, dia sentiasa pandai mengambil hati dan tegurannya jarang menyakitkan. Sebaiknya, fikirlah jika anda berkira-kira untuk memilih dia menjadi kekasih sejati. Cinta sejati adalah cinta tanpa syarat yang mampu menerima pasangan seadanya.

· Sentiasa bersedia jadi pendengar setia

Setiap kali anda berbicara padanya, tidak sedetik pun perhatiannya beralih. Dia pendengar yang baik, mampu mendengar anda berbicara berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan, penuh perhatian dan mengerti apa yang anda diinginkan.

· Sering menepati masa

Untuk urusan apa sekalipun, dia selalu berusaha untuk menepati waktunya. Janji bertemu jam tujuh malam, dia sudah tiba di tempat setengah jam lebih awal.

Baginya, lebih baik dia yang sampai dulu atau menjadi penunggu setia daripada membiarkan anda menunggu. Apalagi jika tempat pertemuan agak janggal untuk dirinya tetapi dia sentiasa mahu anda didahulukan.

· Gerak batin atau naluri

Tanpa sebarang ucapan, anda mampu mengetahui apa yang tersirat di hati masing-masing.

Anda berdua bagaikan dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan pasangan pada situasi apa sekalipun. Bila anda sudah merasakan hal sedemikian, selamat! Mungkin dialah belahan jiwa anda.