Friday, October 2, 2009

PESANAN BUAT KEKASIHKU…

KAIL DAN IKAN, AIR DAN TAKUNGAN

Jika kamu memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.. jangan sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah jua setelah kamu memberikan banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja… kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…




Jika kamu menadah air, biarlah berpada… jangan terlalu berharap pada
takungannya… dan janganlah menganggap ia begitu teguh… cukuplah sekadar
keperluanmu… Apabila sekali ia retak… tentu sukar sekali untuk kamu
menampalnya semula… akhirnya ia dibuang… sedangkan jika kamu cuba membaikinya semula… mungkin ia masih boleh digunakan lagi…




Begitu juga jika kamu memiliki seseorg… terimalah dia seadanya… janganlah
kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. anggaplah dia manusia biasa.. Apabila sekali melakukan kesilapan… bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya… akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan, jika kamu memaafkan, boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik…

No comments:

Post a Comment